BIOVCO

Saturday, May 24, 2008

PENYAKIT ASMA


Walaupun ASMA bukan satu penyakit yang amat serius,ia boleh membawa maut jika tidak dikawal dengan baik. Seorang pakar perunding perubatan di Hospital Kuala Lumpur pernah menyatakan bahawa ASMA atau lebih dikenali sebagai penyakit lelah adalah satu keadaan berlakunya pengecilan saluran pernafasan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh 3 perkara iaitu:



    1.Pengecutan saluran pernafasan
    2.Radangan dan bengkak yang berlaku di permukaan saluran pernafasan
    3.Produksi lendir ataupun mokus yang berlebihan

Ketiga-tiga proses ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan pernafasan menjadi sukar dan terganggu.

TANDA-TANDA ASMA

Tanda-tanda ASMA dapat dikenalpasti apabila pengidap mengalami tanda-tanda seperti batuk,nafas berbunyi, kesukaran bernafas,dada terasa ketat dan menjadi penat apabila terdedah kepada habuk atau menjalankan aktiviti riadah.Radangan yang berlaku pada saluran pernafasan menyebabkan saluran menjadi amat sensitif atau pun alah.



PENCETUS ASMA

Serangan ASMA akan berlaku apabila penghidap terdedah kepada jangkitan, habuk, kutu habuk, bebulu haiwana,asap rokok, pencemaran udara, debu, cuaca yang bertukar-tukar, debunga dan kulat, bau-bauan yang kuat atau pun aktiviti sukan dan riadah.



PENGHIDAP ASMA

ASMAboleh berlaku pada semua peringkat umur dari bayi hingga orang tua.ASMAyang berlaku di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan faktor keturunan atau dikenali sebagai extrinsic asthma. Selalunya mereka ini mempunyai alahan atau pun alergi dan pendedahan kepada salah satu dari pencetus ASMAakan menjadikan mereka penghidap ASMA.


Alat yang digunakan oleh penghidap ASMA



Untuk pembacaan lanjut:
Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

No comments: