BIOVCO

Thursday, January 22, 2009

MENGUBAT SENGGUGUT

Senggugut

Senggugut atau "period pain" lazimnya dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak serius dan kitaran haid yang tidak menentu.Senggugut yang dialami semasa remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang apabila pengidap berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekal dan menjadi lebih teruk.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan kesan lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt.Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini?

sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.

BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?

Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudan sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus.Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Selain daripada itu daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar dikawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang.Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara dan ros pantai selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna, ungu dan putih. untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih.Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua kedalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ia diminum dua kali sehari.Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh dijadikan ubat untuk senggugut.

Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam disekeliling rumah juga boleh membantu merawat senggugut . Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air, Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.Madu memang banyak khasiat dan kegunaannya. Madu yang dicampur bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat dicairkan ke dalam segelas air panas diminum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah,seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Halia ialah herba yang paling mudah ditemui. Halia juga berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. 5 cawan air direbud bersama 20 g halia,10g kayu puti, 10 g jintan manis ,10 g kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan.Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.Secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama direbus dengan 3 cawan air dan biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang

ENDOMETRIOSIS

ENDOMETRIOSIS

adalah salah satu penyakit yang menyebabkan senggugut.Tanda-tanda senggugutadalah seperti berikut:

    1.Sakit semasa hubungan seks
    2.Darah haid yang berketul-ketul
    3.Kemandulan
    4.Pembengkakkan atau ketulan di bahagian bawah perut
    5.Sakit teruk disebabkan ketulan pecah


Tanda-tanda ENDOMETRIOSIS di bahagian lain ialah di bahagian pusat,pundi kencing,paru-paru dan usus besar.
GAMBAR

GAMBAR

PENGERTIAN SENGGUGUT:
Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.

Simptom

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah mengganggu (PMID 11571794). Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk[1]

* perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
* perasaan tegang atau resah
* serangan panik
* perubahan perasaan, menangis
* mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
* tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
* sukar menumpu perhatian
* lesu
* kemaruk atau peningkatan nafsu makan
* sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
* perasaan "luar kawalan"
* peningkatan atau penurunan nafsu seksual
* peningkatan rasa bagi intim emosi
* simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot

Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.

xRAY Penyakit

Untuk tatapan pembaca!

Saturday, May 24, 2008

PENYAKIT ASMA


Walaupun ASMA bukan satu penyakit yang amat serius,ia boleh membawa maut jika tidak dikawal dengan baik. Seorang pakar perunding perubatan di Hospital Kuala Lumpur pernah menyatakan bahawa ASMA atau lebih dikenali sebagai penyakit lelah adalah satu keadaan berlakunya pengecilan saluran pernafasan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh 3 perkara iaitu:



    1.Pengecutan saluran pernafasan
    2.Radangan dan bengkak yang berlaku di permukaan saluran pernafasan
    3.Produksi lendir ataupun mokus yang berlebihan

Ketiga-tiga proses ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan pernafasan menjadi sukar dan terganggu.

TANDA-TANDA ASMA

Tanda-tanda ASMA dapat dikenalpasti apabila pengidap mengalami tanda-tanda seperti batuk,nafas berbunyi, kesukaran bernafas,dada terasa ketat dan menjadi penat apabila terdedah kepada habuk atau menjalankan aktiviti riadah.Radangan yang berlaku pada saluran pernafasan menyebabkan saluran menjadi amat sensitif atau pun alah.



PENCETUS ASMA

Serangan ASMA akan berlaku apabila penghidap terdedah kepada jangkitan, habuk, kutu habuk, bebulu haiwana,asap rokok, pencemaran udara, debu, cuaca yang bertukar-tukar, debunga dan kulat, bau-bauan yang kuat atau pun aktiviti sukan dan riadah.



PENGHIDAP ASMA

ASMAboleh berlaku pada semua peringkat umur dari bayi hingga orang tua.ASMAyang berlaku di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan faktor keturunan atau dikenali sebagai extrinsic asthma. Selalunya mereka ini mempunyai alahan atau pun alergi dan pendedahan kepada salah satu dari pencetus ASMAakan menjadikan mereka penghidap ASMA.


Alat yang digunakan oleh penghidap ASMA



Untuk pembacaan lanjut:
Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

Klik sini

Tuesday, March 04, 2008

SICKNESS

WHEN I WOKE UP THIS MORNING MY RIGHT TOE GETTING PAIN

I'm very scared and worried. I ask my wife to observe why this happened. He told me that my toe get red-black caloured. So, I just relax and think what to do now.

Let's talk Malay.Cause this information is for Malaysian people.